BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 2 Mac 2010

DI SEBALIK TABIR GENG KIAH KARAN





tatkala melihat camar menggaru kaki tupai, sang lebah menggigit kuntuman bunga, tiba2 telah datang satu idea dan menampar fikiranku ini utk mewujudkan group geng kiah karan.. walaupun group kami tidak sehebat power rangers, tidak segagah power puff girl, cukuplah klu kami katakan kami senang menjadi seperti wanderpats.."kami tak besar dan kami xkuat..apa yg penting KERJASAMA"

walaupun kesuntukan masa kerana terpaksa bermadu asmara dengan agment yg bertimbun, namun berbekalkan secubit semangat dan segenggam kekuatan, ku gagahi jua diriku utk mewujudkan blog geng kiah karan ini. kewujudan blog ini bukanlah untuk memperdagangkan hidung yang tidak mancung dan pipi yang tersorong2, tapi adalah sekadar suka-suki kami...

terbinanya KLCC dengan keutuhan konkrit, terdirinya menara kuala lumpur dengan kehebatan simen dan batu bata, namun tertubuhnya blog ini adalah hasil daripada kehebatan laptop kami sendiri. walaupun terpaksa memerah keringat dan men"spin" tenaga, namun berbekalkan segumpal semangat akhirnya aku, kami, dan mereka berjaya mewujudkan blog ini. walaupun nama blog kami tidaklah sesedap masak paprik ayam atau koteaw kerang, namun persahabatan kami dalam group ini seperti sirap limau.. masam & manis dicampur sekali tetapi dapat menikmati kesedapan...

0 ulasan: