BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 8 Mac 2010

dinner kiah karan

pada 10/02/2010 yang lalu, geng kiah karan telah mengadakan majlis makan malam secara separa rasmi. dinner tersebut dikenali sebagai "red party kiah karan" walau bagaimanapun, tidak semua geng kiah karan memakai pakaian berwarna merah pada malam tesebut. pelbagai masalah dan alasan yang telah diberikan secara jelas oleh ahli group kenapa mereka tidap dapat memakai pakaian berwarna merah pada malam tersebut.

antara alasan2 yang diterima pada tersebut ialah,

nas: "nas xdak baju merah la, nas ada baju oren ja..."
shumus: "alahhhh...baju merah aku dh buruk, xkan nk pakai kot...nanti xnmpak bergaya laa.."
jue: "klu aku pakai baju pink leh dak? dekat2 la tu kan?"
yam: "aku baru balik dari bilik PKMK ni, xdan nk tukaq baju"

walaupun dinner pada malam tersebut telah berganjak separuh inci dari tema asal, namun kemeriahan tetap terasa hingga ke tulang sum sum.. semua ahli group telah memberi komitmen gred A sepanjang majlis berlangsung..

antara AJK pelaksana pada malam tersebut ialah:

dayah rahman
- ketua pengarah
- penyediaan makanan (keluaq beli satay di kajang)

shumus
- penyediaan makanan
- pengangkutan (mengambil & menghantar ahli group ke kolej masing2)

naelah & jue
- bertindak sebagai usyer, menyediakan tempat dinner, membancuh air

yatimi
- exco kerohanian (mengetuai bacaan doa)

ina
- jurumakera
- pengangkutan

pijah- jurukamera
- menyediakan & memberi cadangan lokasi2 menarik utk sessi penggambaran

nas
- keselamatan (memastikan barang2 berharga berada dalam keadaan selamat)



perjalanan dinner kiah karan secara ringkas:

8.00 p.m - AJK bahagian penyediaan makanan keluar membeli makanan

9.30 p.m - makanan sampai di tempat berlansungnya dinner (kolej amin)

9.45 p.m - ucapan ringkas daripada ketua post setiap bahagian & ucapan ketua pengarah

10.00 p.m - bacaan doa (diketui oleh yatimi)

10.05 p.m - menjamu selera & diselangi dengan permainan yang telah ditetapkan

secara keseluruhannya, dinner kiah karan pada malam tersebut telah berjalan dengan lancar. terdapat seorang ahli kiah karan tidak dapat hadir pada malam tersebut iaitu paah kerana terpaksa berjumpa dengan felow kolej (dengaq kata xjd pun perjumpaan tu). pelbagai acara menarik telah berlangsung pada malam tersebut. antaranya ialah pertandingan goreng pisang, sambung cerita mengikut situasi, berdebat dan sebagainya. semua ahli telah menunjukkan kehebatan masing2.kekecohan tidak rasmi telah berlaku pada malam tersebut apabila terdapat ahli group yang cuba2 mencuri satay milik orang lain. walau bagaimanapun, pijah & shumus dengan penuh keperihatinan (kononnya la, padahal dh kenyang sental nasik ptg tu) telah menghulurkan beberapa cucuk satay kepada "pencuri2" tersebut.

setelah selesai acara makan & permainan, sessi pergambaran pula telah dijalankan. 2 orang jurukamera telah dilantik khas pada mlm tersebut iaitu ina & pijah. namun begitu, ahli2 lain juga turut berperanan sebagai jurukamera secara tidak rasmi kerana jurumakera yang dilantik khas pada mlm tersebut juga tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta menunjukkan kehebatan berposing separa maut.

red party kiah karan pada malam tersebut telah tamat lebih kurang pkl 12.00 a.m..

AJK pelaksana @ orang2 kuat dinner kiah karan

ke"busy"an jurukamera & bahagian publisiti jelas kelihatan

geng kiah karan "kecik besar belakang kira, apa yg penting KERJASAMA"

frenzz forever,,,,

0 ulasan: